Monday, June 05, 2006

:: in the hospital ::




Dah lama x update blog..x berkesempatan. Just to share our memory during those days in IJN. Lama tersimpan dalam draft..tak sempat je nak sambung..hehe

12 May 2006 - 14 May 2006
Kami sekeluarga, my family & HB family ke Kuching, Sarawak for holiday. Seronok dapat berjalan2 especially shopping @ Sariken. Punyala banyak barang beli sampai excess luggage masa nak balik.

15 May 2006
Aku ambil cuti sebab masih penat kembali dr Kuching on 14th. HB dah start bekerja cause ada something yg dia perlu settlekan. 10.3o a.m: Received call dr IJN, nak bercakap dengan mak Muhammad Izzul Fadhly. Admin from IJN minta Izzul datang admit to IJN petang tu juga. Aku terus call HB dengan perasaan berdebar, terkejut sebab tiba2 je admin suruh dtg. Sepatutnya kami jumpa dulu dengan surgeon IJN on 16 May 2006. HB balik dr office and we immediately packed Izzul's clothes and admit ptg tu around 3.00 p.m. We thought nak jumpe surgeon and try to delay the surgery. Masa sampai di IJN, jumpe officemate HB, ayah die will undergo bypass on 18 May 2006. Borak2 dgn mak kawan HB tu, dia suruh aku proceed and jgn delay, takut later risk lebih tinggi. Masuk je wad, kami diarahkan pergi jumpe dgn a few doc at paed wad, the surgery will be held tomorrow morning at 8.00 a.m. First case utk esok. Doc tu sume bgtau klu delay, the risk wld be higher and will impact other things ~injap, salur darah etc. So aku redha sgt masa tu. Since terima call dr hospital sampai la ke tgh malam, aku cuba sedaya upaya utk tidak menitik kan air mata walau setitis pun.

Back to masa umur Izzul 1 month, both of us went to our fav doc kat klinik dekat dgn umah for his first immunisation. Masa tgh cek2 dada Izzul, tetibe je muka Dr Azlina lain macam & she mentioned that ada something wrong dgn bunyi kat jantung (murmur sound) and terus referkan to specialist. Aku still dalam pantang masa tu (baru sebulan la katekan) and all the way back aku nangis dlm kete. Teramat sedih. Terasa dugaan yg menimpa aku terlalu hebat. Masa tu kaki Izzul pun ada problem and in casting. Tapi ada something yg HB cakap yg buat aku kembali kuat "Zah, jgnlah sedih sgt. Kalau zah x kuat macam mana Izzul nak kuat" and I hold to it until that night.

16 May 2006
Izzul dah start berpuasa dpd pukul 12.00 tgh malam. Kami cuba boleh bg dia air ribena smpi pkl 5.00 pg and after that x bole masuk apa2 pun. 7.00 a.m, kami dah kena mandikan Izzul dgn special soap yg diberi oleh nurse and pakaikan dia baju utk surgery. Izzul suke je sepjg pagi tu. Cuma agak menyedihkan bila dia ckp "nak air" but we can't give him any water. Simple request mcm tu pun kami x mampu nak tunaikan. HB berjaya pujuk dia dgn berjln2 kat sekitar wad tu. Around 7.45a.m, kami dah menuju ke bilik bedah. Masa tu hanya Allah yg tau, betapa aku menahan sedih dlm hati nih dan dalam masa yg sama, berusaha sedaya upaya utk tdk menangis. Tapi Allah maha kaya dan mengetahui hati seorang ibu dan perempuan tidak sekuat mana. Melangkah je ke dalam bilik bedah, aku terus mengalirkan air mata, tak berhenti. Ada satu lagi pasangan yg anaknya akan undergo surgery first case juga pg tu ~Ain Asyirah. Itula rakan kami sepjg di IJN. Izzul asyik gelak je pagi tuh, walaupun tgk my dan dy dah sedih2, dia tetap gembira. When the sister panggil sorang utk hantar Izzul masuk dalam OT, aku suruh HB masuk sebab aku x sanggup nak tgk keadaan dlm OT. Aku cium pipi dan dahi Izzul dgn penuh kasih sayang dan berdoa agar pembedahan ni akan berjaya. HB melangkah masuk le OT, and I just wait outside. When HB keluar, dia cerita la apa yg berlaku dlm OT, doc tu suruh HB mengucap kat telinga Izzul, dalam masa yg sama dia masukkan ubat bius di tgn and Izzul dah tertidur dgn mata terbuka. Aku hanya mampu menangis..
8.15a.m: Kami menunggu di Bilik Menunggu with HB and mak. Sepanjang di bilik tuh, aku bacakan yassin utk Izzul semoga dipermudahkan segalanya. HB tak renti2 berkumat-kamit mulut membacakan apa shj ayat Quran ~ utk dipermudahkan & juga utk tenangkan hati kami. 11.00a.m: Ibu dan ayah Ain Asyirah (budak yg sama masuk OT dgn Izzul) dah dipanggil ke ICU, bertambah berdebar hati kami, aku dan HB dah tak senang duduk. Bila pula nama kami akan dipanggil. Setiap minit dalam bilik menunggu tu hanya Allah yg tau, mcm mana perasaan kami berdua.
12.15a.m: "Ibu & ayah Muhammad Izzul Fadhly, sila ikut saya" jerit guard kat depan bilik. Terus kami berdua menuju ke ICU. Sampai je di ICU...sekali lagi aku & HB tak dapat nak tahan air mata tgk anak kesayangan kami dari muka hingga ke hujung jari kaki, penuh dgn wayar. Dr Jeswant Singh, surgeon Izzul jumpa kami dan bagitau alhamdulillah semuanya berjaya. Lubang dah berjaya ditutup dengan special cloth cuma post-op perlu berhati2. Izzul need to be in ICU at least 24 hrs to monitor his progress. if everything ok, dia akan masuk ke HDU (high dependency unit) esok. Lega mendengar kata2 surgeon tu. Kami hanya boleh melawat Izzul di ICU pada masa2 tertentu je 12.30 - 1.30 tghr dan 6.00 - 8.00 malam. Tepat 6.00 ptg, aku dan HB tercegat kat depan ICU, menunggu utk masuk. Masuk je, ramai org dekat katil Izzul. Ya Allah, kenapa pulak ni.. doc bertugas panggil Dr Jeswant utk cek condition Izzul. Rupanya heart beat dia tak stable. Sepatutnya dalam 140 tp Izzul's heart rate nak cecah ke 200. Aku dah mula risau. Dr Jeswant came with his cool face and bgtau kami that heart rate Izzul agak x stable, and he will give on medicine to stabilize it. All night, both of us tak lena tdo...


17 May 2006
Menunggu masa utk masuk ICU mmg dinantikan - tak sabar nak tgk macammana keadaan Izzul. Pukul 12.15, kami berdua dah tercegat kat depan reception utk ambil pas. Tepat jam 12.30, semua parents yg menunggu terus menyerbu masuk. Alhamdulillah, he's good and nampak comel sgt Izzul di atas katil. x sampai hati nak kejutkan dia dan bgtau yg we're at his side. Baru je 15 minutes be there, tetiba ada emergency with another patient. So kami semua diarahkan keluar and can only see our beloved son at 6.00 p.m. Ptg, melangkah masuk ke ICU, dr jauh nampak so many nurses keliling Izzul pegang drip water, pegang wayar etc. Hati dah mula berdebar balik. Sampai je kat katil Izzul, nurse: "ok, kita dah boleh bawak Izzul naik ke HDU" *HDU-high dependency unit. Alhamdulillah..syukur. Sepjg mlm kami menghabiskan masa dgn Izzul. Syukur sgt dan gembira dapat tgk muka anak depan mata. Mlm - Doc Choo (on call doc) dtg cek Izzul. When he checked, air yg keluar lebih byk dr air yg masuk so terus masukkan another drip bottle. Dr Choo also tried to reduce the amount of morphine for his heart rate, suddenly terus naik 160 - terus x jadi nak naikkan. Izzul can only drink his milk through tubes. Everytime, dia bangun "nak air..nak air". Sedeynye dengar suara dia minta air. Tak sampai hati..at last, aku celupkan pacifier dia dalam air masak and terus masuk dlm mulut so that ada la sikit2 amt of water dlm mulut dia.

18 May 2006
I know that Izzul rasa tak selesa with all the wires at his body. Berselirat. Alhamdulillah..he's stable and nurse dah tanggalkan wayar morphine - ubat tahan sakit. Nurse did suction to Izzul, alhamdulillah he's ok..takde kahak and after this no need to that anymore. but still kesian jugak coz wlpun sikit tp berdarah2 tekak Izzul. He still dizzy until mid-night. Nurse dah allow me too feed him through bottle for 2 oz every 3 hrs. at least Izzul rasa puas sket. Nurse dah cabutkan tiub mknn and reduce amt of oxygen. Mlm - urine Izzul ada darah, nurse pun dah a bit worry. Aku lg la.. tp still need to wait until doc check tmorrow mrng. All nights, Izzul nangis. HB takde, tdo kat surau - only one person yg bole jaga. I'm really helpless..tatau nak buat mcm mana. "Sakit sgt ye sayang - baru off ubat tuh". Pujuk sume dia tanak. Nak dukung tak bole. Wayar here and there. So all night juga la aku tak tido smpi HB dtg tuka shift d next morning.

19 May 2006
Nurse datang buat dressing. He cried - I think not because of pain but more on afraid to all the nurses yg pakai baju hijau. But masa dia cuci tu, I'm quite surprised to see ada needle terlekat mcm tu je kat kulit Izzul. Biar benar doc ni. Dr Asri came to check - he's stable tp not sure because of the medicine or mmg himself. So need to wait till tomorrow.
- Dah tanggal oxygen and needle at his left hand.
- Dah boleh makan buah and bubur
- Dah boleh tersenyum and berborak with us

20 May 2006
Progress ok. Drain darah masih banyak. ECG ok. Ptg- pindah ke wad biasa di sebelah HDU.
- Dah cabut jarum heart rate. Alhamdulillah, semua ok.

21 May 2006
Dah start boleh bermain. Makan biskut, air soya.
We moved to first class room. Lega sgt rasenye cause dah start back pain.
And ada 2 katil so bolehlah HB tido skali. Bole gilir2..
All wire dah cabut exp for his drain.

22 May 2006
Pg - Nurse cabutkan drain Izzul. That was the most part yg sakit. I've experienced it so I know.
Melalak sekuat hati but once HB dukung je dia, terus dia senyap.
Nothing much. Izzul progressively become active. Asyik nak main ball. And he bullied both of us. Dia campak ball tuh merata2 dalam bilik and asked us to picked it up. Fuhh..letey but I'm satisfied..rather than tgk dia terlantar atas katil..biarlah buli kitorg.

23 May 2006
Izzul dah dibenarkan keluar cuma nurse advise us to be very particular at home. Takut infection etc. I will...

Thanx to all the docs, nurses, families, friends, officemate who came to support us. Hanya Allah yg boleh membalas jasa korang sume. Luv ya all.. muahz'

Heard on of the nasyid song in TV ~ "Ujian adalah tarbiah dr Allah. Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya..."
Izzul Fadhly ~ anugerah yg tidak ternilai dr Allah.. luv ya so much sayang.. thanx to HB for your support.

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker