Monday, September 22, 2008

:: breastpump ::

Currently I'm in the midst of comparing the most effective and affordable breast pump for my coming lil' baby. Looking forward either for Medela PISA or Ameda Lactaline Personal Dual Electric Breastpump. Anyone has any idea on which one is the best??

Wednesday, September 10, 2008

:: 23 Aug 2008 ::

Genap setahun dah arwah meninggalkan kami, anak kedua kami yg lahir pada 23 Aug 2007. Pejam celik pejam celik sekejap jer setahun masa berlalu. Dan kini aku mengandungkan anak kami yg ketiga - dah 7 1/2 bulan dah..alhamdulillah rezeki dari Allah. Semoga kandungan yg dah pun masuk third trimester ni dilahirkan dengan selamat, sihat walafiat dan tiada apa2 komplikasi berlaku insyallah.

Sempat kami sekeluarga menjenguk kubur arwah di Kepong. Walaupun dah setahun, tapi setiap kali terpandang kuburnya, aku pasti menitiskan air mata. Entah kenapa, mungkin hati seorang ibu yg dah rasa kehadiran insan didalam dirinya..tendangan, gerakan, keseronokan tak dapat nak disorokkan..tapi tanpa izin Allah, insan itu bukan milik kami. Insyaallah ada hikmah disebaliknya.
Izzul at kubur: 'nape mummy nangis?'
HB: 'cuba tanya mummy?'
Aku: diam je.. air mata masih menitis..

Dah pun masuk Ramadhan, moga Ramadhan kali ini dapat kami penuhi dengan amal ibadah pada Allah swt. Alhamdulillah, setakat ni masih belum ponteng puasa. Harap2nya, sehingga ke Syawal nanti, dapatle aku berpuasa..

TO ALL MY FRIENDS: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker