Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Monday, April 04, 2011

040404 - 040411


Today marks our 7th anniversary.

Pejam celik.. pejam celik, lama juga rupenye sesi perkenalan kami. Klu nak diikutkan tarikh confirm (cewah..confirm tu :)) perkenalan since 7 Oct 1999. More than 11 years..wow..

Nothing much to ask.. cuma doa yang dipohon agar relationship ini berkekalan bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak.





"The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

A beautiful poem from iluvislam.com:

SYURGA RUMAHTANGGA

Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

Sunday, January 02, 2011

:: hop and away ::

Sesuai dgn tajuk entry ni.. persinggahan di blog yang hanya sementara. Maybe I should put it as one of my 2011 resolution 'to write in my own blog more often'..btw, it is just a wish list.

Alhamdulillah, 2010 dah berlalu. What I would like to say for my past 2010, it's been a great year of celebrating my v3.0 series. Macam orang lain juga, setiap kehidupan diiringi dengan dugaan dan cabaran, well it is part of life kan.. alhamdullillah it makes me stronger and bersyukur atas segala yang berlaku. Yang pastinya, itu sume ketentuan Allah. Btw, one of the dugaan - kak tie bercuti panjang yg membuatkan saya separa tak betul (~akak, sy tunggu akak balik tau 1 Julai ni!!)

Izzul fadhly akan masuk standard one next year, cabaran pertama adalah menghentikan botol susunya..
some of u might say 'OMG, still dgn botol susu??' but I've tried..tried..and tried.. tp x berjaya jugak.. cemana nak buat ye? anyone ada tips? tp mcm takmo kejam sgt like
a) buang je botol susu tu dlm tong sampah
b) jgn beli susu dah..etc..etc..

Cabaran kedua adalah to make him more independent.. Izzul adalah seorang anak yg sgt rapat dgn parentsnya and sangatttt sensitif (maybe menurun dr maknye kot :). Maybe ada silap kami dlm mendidik but I think initially it is because of his heart problem tp mcm dh jd sebati pulak. And now it is kindda difficult to change him cause everytime saya berusaha nk buatkan dia independent, turunlah linangan air mata. Hehe.. :)

Cabaran ketiga is to make more time for him as Izzul pon dah masuk sekolah. I did realize that I've been too hardworking for the past few years. Not to say that I don't wanna be hardwoking anymore but more towards a balance lifestyle. Insyaallah..insyaallah. Doakan saya ye..

Tahun ni tak buat any resolution for 2011 cause every year pon macam tu jugak, tak terbuat so what I will do is to make a daily reso sbb setiap hari saya akan cuba menuju ke arah kebaikan. Lagi mudah nak keep track..hehe

To all my beloved friends: Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga tahun yg akan datang ni memberikan 1001 makna yang membahagiakan.

Sunday, February 07, 2010

:: motivasi in 2010 ::

Lamenya tak mencoretkan kata-kata di blog yg dah lama ditinggalkan ni. Nak kata malas..in a way, iye jugak kot. Nak dijadikan alasan..seperti biasa, alasan yg sama..busy. Buat sesetengah orang, mungkin dah muak dengan alasan 'busy'. It is actually your effort to make your time. So tonight, I'll try to make my time.

2010 bermula dengan keadaan yg sungguh hectic dr segi kerja. Bermula dari akhir tahun 2009 lagi sebenarnya. Fikiran serabut, hati tak tenang, tiada lagi keseronokan bekerja. Tetapi bermulanya tika ini, saya cuma terfikir yang kehidupan kita akan jadi seperti apa yang kita inginkan, jika kita rasa seronok, maka seronok la ia.
"I am not what happened to me, I am what I choose to become"

Lately, saya selalu berkunjung ke blog seorang insan. Selalu tertunggu2 entry terbaru beliau. Kata2nya, kandungan isinya membuatkan saya selalu terfikir dan muhasabah diri. Cara dia mendidik anak-anak adakalanya berbeza dr cara yang kita lakukan. Mungkin sedikit sebanyak membantu memperbaiki diri. Terima kasih buat ummuhusna

Thursday, September 10, 2009

:: cukup ke? ::

Yesterday night, after having our iftar with smapians, HB received call from my mom-in-law. One of our dua-pupu passed away last night – Dak Abang Pakcik (ni gelaran yg diberi padanya). I barely know him sebab kami jarang jumpa except during some family events. And he is just 34 YEARS OLD ye kawan2 with 3 small kids, the eldest is 6 years, seorang peguam. Sedey kan. Tapi Alhamdulillah, meninggalnya mudah, di bulan Ramadhan pula tu– hanya sakit dada sebelum berbuka, cakap dgn wifenya, nk berbuka dulu, then baru ingat nk ke hospital. 8.35 malam meninggal dunia di rumah.

Hanya HB yg ke rumah arwah, aku hanya duduk di rumah with the kids, tapi bile dengar cerita arwah, terkenang diri sendiri. I am just 5 years younger than arwah, sedangkan arwah yg tak sakit apa2 dijemput Allah, inikan lagi kita2 ni..cukup ke amalan yg nk dibawa bersama? Berapa banyak solat kita yg dilakukan dengan kusyuk? Ada ke amalan sunat yg dilakukan untuk tampung cacat cela amalan yg lain? Berapa sgt helaian Quran yg dh dibaca sepanjang Ramadhan ni? Quote from my ustaz mengaji: ‘Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua, cuma satu saya harapkan , anggaplah ini Ramadhan terakhir yg tuan/puan akan jumpa. Dengan itu kita akan dekat dengan Allah’.

Tuesday, August 25, 2009

:: hari yang mendung ::

I am sad.. I am really2 sad..
Tetiba rasa sayu je hari ni, daku terkenang2 semua bende yg telah berlalu..
Teringat masa arwah ayah meninggalkan daku on 2nd Oct 1997, teringat how strong my mom raise all 4 of us, teringat masa my youngest brother jumping up and down not knowing that my dad is not with us anymore as he is just 4 years old, teringat masa Fadhly (my son) undergo the heart surgery operation, teringat masa kaki Fadhly kene simen at APSH, teringat masa I lost my second baby (how hard to accept the fact that i need to deliver dead body even it is already 37th weeks)..teringat masa arwah abah (pak mertua) meninggalkan kami masa Fadhly baru je nak start bermanja dengan dia..teringat dan teringat..semuanya macam wayang gambar dalam kepala.

Ya Allah, di bulan Ramadhan yg mulia ni, please give me strength utk menghadapi dugaanMu yang mendatang dan yg telah berlalu.

p/s: so utk menghilangkan kegusaran hari ni..marilah kwn2 kite gi bershopping time lunch ni di Menara :) hehe..alasan.
Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker