Akal perempuan senipis rambutnya, tebalkanlah dia dengan ilmu agama, hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dia dengan iman dan taqwa kepada Allah swt, perasaannya selembut sutera, hiasilah dia dengan akhlak mulia. Tidak menjinakkan perempuan dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar, tidak hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nanti mereka akan menderita.
Kenalkan mereka kepada zat Allah swt yang kekal, disitulah punca kekuatan dunia. Suburkanlah mereka dengan nikmat Iman dan Islam kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Rabb, tuhan sekelian alam.
Dijadikan perempuan itu daripada tulang rusuk yang bengkok, untuk diluruskan oleh lelaki yang beriman kepada Allah swt. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan dan ianya bukan diskriminasi Allah swt, sebaliknya si situlah kasih sayang Allah swt. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok kerana tidak mengenal Allah swt. Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Jinakkan diri mereka untuk mentaati Allah swt.
Wanita penuh dengan emosi, layan emosinya dengan ilmu untuk mengenal Allah swt, jadikan kecintaannya kerana kasih dan cinta kepada rasul agar dunia akan aman kerana mentaati perintah Allah swt.

