Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, April 04, 2011

040404 - 040411


Today marks our 7th anniversary.

Pejam celik.. pejam celik, lama juga rupenye sesi perkenalan kami. Klu nak diikutkan tarikh confirm (cewah..confirm tu :)) perkenalan since 7 Oct 1999. More than 11 years..wow..

Nothing much to ask.. cuma doa yang dipohon agar relationship ini berkekalan bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak.





"The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

A beautiful poem from iluvislam.com:

SYURGA RUMAHTANGGA

Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

Sunday, June 21, 2009

:: happy father's day ::

Happy Father's Day to all fathers in the world.


Happy Father's Day to both arwah ayah & abah. Both of you are always in my mind.


And finally Happy Father's Day to my hubby for being such a wonderful father to the kids.


Monday, May 11, 2009

:: org sekarang dah desperate ::

fuh..lame jugak tak update blog ni. sebenarnye nih adalah entry 2 minggu yg lepas.
disebabkan asyik outstation jek - ke JB and Langkawi (langkawi lagi..dan lagi..suke btol diorg ni buat workshop kt sana), so inilah kisah sabtu 2 minggu yg lepas pada 2/5/09.

kisah berlaku dirumah ibuku di kepong. dipagi yg hening, ketika semua org baru nak membuka mata untuk menunaikan ibadah di subuh hari (dlm kul 6 pg camtu), opah terdengar bunyi di dapur (ala2 bunyi macam kak t*). so, opah pon panggil my mom yg masa tu berada diruang tamu. my mom pon menyahut je la..and melangkah kedapur (nak tgk bunyi apela agaknya tu). blom sempat sampai kat dapur, pintu dapur terbuka luas (kire2 dihentam dari luar la) and 5 orang masuk sekali gus dan orang pertama yg dituju adalah my mom ~dah betul2 depan muka kan. seorang budak (boleh dikatekan budak la, cause according to my mom, budak melayu, tinggi2, muka bulat, dan rambut botak2 ala2 mawi gitu, dlm lingkungan 20-an) minta duit pada my mom and my mom bg tau dia yang my mom memang takde duit (mmg takde pun, jarangla org sekarang simpan duit byk2 kt rumah, paling2 pon RM50 je kot dlm wallet). budak tu tak puas hati dengan my mom and my mom ditampar dlm 2 kali kot. at the same time, budak2 yg lain tu pergi kat my youngest brother dan mintak handphone, kebetulan my bro tgh pegang handphone. along is upstairs with his wife (my brother ni agak besar juga orgnye), bile die dengar my mom and opah menjerit2 kat bawah, my bro capai kayu dan meluru turun tangga (rumah kitorg ni tangga kayu, so bile my bro turun dr atas dan berlari, ala2 lebih kurang 10 orang turun la..), so kelima2 mamat perompak ni terus keluar dr rumah dan lari ke arah hutan FRIM. kejadian tu berlaku dlm 5 minit kot. tapi aku bersyukur ke hadrat Allah, takde apa2 berlaku to my family sebab according to my youngest bro tu, org terakhir yg masuk rumah tu pakai topeng dan pegang pisau.

ini bukanlah kejadian pertama dikawasan rumah my mom dan makin menjadi2.
mungkin mereka ini jobless, atau penagih atau.. hanya mereka yg tau..

Wednesday, January 07, 2009

:: happy 4th birhday to izzul fadhly 30/12/08 ::















Mummy wanna wish you a happy birthday.
Semoga menjadi anak yg soleh dan sentiasa mendoakan mummy dan daddy kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah despite the challenges that we are facing for the first 2 years of ur born, you are a great son and we want you to know that we luv you so much.

Wednesday, September 10, 2008

:: 23 Aug 2008 ::

Genap setahun dah arwah meninggalkan kami, anak kedua kami yg lahir pada 23 Aug 2007. Pejam celik pejam celik sekejap jer setahun masa berlalu. Dan kini aku mengandungkan anak kami yg ketiga - dah 7 1/2 bulan dah..alhamdulillah rezeki dari Allah. Semoga kandungan yg dah pun masuk third trimester ni dilahirkan dengan selamat, sihat walafiat dan tiada apa2 komplikasi berlaku insyallah.

Sempat kami sekeluarga menjenguk kubur arwah di Kepong. Walaupun dah setahun, tapi setiap kali terpandang kuburnya, aku pasti menitiskan air mata. Entah kenapa, mungkin hati seorang ibu yg dah rasa kehadiran insan didalam dirinya..tendangan, gerakan, keseronokan tak dapat nak disorokkan..tapi tanpa izin Allah, insan itu bukan milik kami. Insyaallah ada hikmah disebaliknya.
Izzul at kubur: 'nape mummy nangis?'
HB: 'cuba tanya mummy?'
Aku: diam je.. air mata masih menitis..

Dah pun masuk Ramadhan, moga Ramadhan kali ini dapat kami penuhi dengan amal ibadah pada Allah swt. Alhamdulillah, setakat ni masih belum ponteng puasa. Harap2nya, sehingga ke Syawal nanti, dapatle aku berpuasa..

TO ALL MY FRIENDS: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

Tuesday, September 11, 2007

:: 23 Aug 2007 (Thursday) 11.45 a.m ::

Terima kasih buat teman2 semua, rakan sekerja, kaum keluarga yg sudi menziarahi kami sekeluarga. Ucapan takziah tak henti2 kami terima. I really appreciate it..

Terima kasih x terhingga buat HB for his courage, support during those days. Walaupun aku tau HB juga sedih atas pemergian arwah tp sebagai ketua keluarga, HB perlu kuat hadapi semua ini.

Terima kasih buat Izzul kerana sudi menjadi peneman mummy saat mummy kehilangan adik..

Walaupun air mata ini menjadi peneman setiap hari sebelum aku melelapkan mata tapi aku harus redha atas ketentuan Allah. Semoga 'Muhammad' (biarlah aku simpan nama yg telah aku fikirkan untuk arwah) mampu membantu aku dan HB di akhirat kelak.

"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku pahala di atas kedukaan yang ditimpa ke atasku dan gantikanlah dengan yang lebih baik daripadanya.. Amin ya rabbal a'lamin"

Allah tidak akan memberi musibah kepada hambanya melainkan Dia merasa hambanya mampu menerima musibah itu... Insyaallah..
Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker