Tuesday, April 17, 2012

:: gravida 4 ::

July 2011, aku dikhabarkan berita gembira bila doc memberitahu usia kandungan dan memasuki 7 minggu. Alhamdulillah, syukran ya allah atas kurniaan ini. Fiqry pon dah nak masuk 4 tahun, so I think it's the right time for me to get pregnant. Kalau boleh nak avoid pregnancy after 35 years, dengar experience orang lain sumenye ckp after 35 years, really tiring. Tp klu rezeki, Allah nak kurniakan, terima je la kan, takkan nak tolak pulak :). My pregnancy moment was so-so, nothing differs from the other 3 which makes me feel, lelaki lagi la agaknye ni..hihi..takpe hadiah Allah nak kasi, mane boleh pilih2 hadiah kan, terima je..yg penting sihat.



Towards the end of 36 weeks, my work load is quite hectic with the outstation etc. So masa pergi checkup dgn gynae, she started to give mc on 37th week. So bermula 1 Mar 2012 (Thursday), aku dah dpt mc, tp still dtg gak office sbb ada byk lg keje yg blom handover. Owh, btw aku checkup di Columbia Asia Cheras dgn Dr Norshida, and to be frank, she's nice..klu sape nak bersalin dgn die, amatlah dialu-alukan. 2 Mar 2012 (Friday), SAHM sementara menunggu my new boy to come out. As usual, every Friday night adalah hari hubby main badminton. So, he definitely will come back late at night. Dlm pukul 8 lebih, mlm, terasa lain macam sakit, tp malas nak call hubby..takut2 braxton hicks. Sampai kul 9 lebih, dah terasa sakit sgt till I cried at home, terus call die bgtau nak gi hospital, nak check. He arrived around 10.00 p.m. Dlm kul 10.30 p.m. kami dah tiba di hospital.

Midwife came to check and katanya dah buka 3cm..so it's a long way to go..huhu..tp klu ikut experience sebelum ni, I'm quite fast dlm bab2 bukaan ni..heheh :). Dr shida smpi dlm kul 11 lebih, pecahkan air ketuban dan bermulalah saat yg paling sakit dlm tempoh pregnancy till delivery. Rasanya bersalin pon still boleh tahan, but contraction..huhu, hanya Allah yg dpt bantu. tgh sakit-sakit tu, hubby siap pesan pd aku 'Zah jgn bersalin skrg tau, tgu kul 12 nnt, boleh dpt date best 03/03/12'. Dr shida siap cakap 'sempat dpt date 3hb'..hehe.

12.24 a.m, 03 March 2012, alhamdulillah..lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.9 kg. After delivery..baby pon dah dibawa ke nursery utk dibersihkan and dr left the hospital. Aku...masih lg sakit, how to say the pain ye..mcm org yg sakit sengugut yg teruk. Berdenyut2 kat bhgn perut which aku rasa sgt pelik cause I gave birth sebelum ni 3 orang lagi, tak pernah rasa mcm tu. Midwife asyik keluar masuk labor room tekan perut aku. A few times aku tanya kat midwife, 'nape saya rasa perut sy sakit sgt?'. Check lg itu ini, then she started to ask questions 'Pernah ke kene tumpah darah sebelum ni?' and I said 'Tak pernahhhh!!!'. 'Darah u still tak stop2 ni, nanti sy call doctor'. Owh..masa tu hanya Allah yg tahu perasaan aku ni, ye la tumpah darah kan and mcm2 cerita that can lead to death or blood tansfusion yg tak sesuai etc. Aku panggil hubby, mintak die buatkan solat hajat just in case of anything. Sempat mintak maaf and pesan kat dia jaga anak kita baik2. Yerla, kita tak tau kan kalau ajal nak datang..hehe..klu tak, time raya je baru nak mintak maaf. Well, I think I should make it as a routine..sbb ajal bile2 bole datang.

Dr arrived selepas berpatah balik, mase tu around 2 a.m. She said she needs to do minor procedure. Wohoho..which I do not know what they gonna do. Dr gave me one jab and asked me to use the etonox all the time. Aku separuh sedar and rasa terawang2 and at that point of time sume yg berlaku dlm hidup ni kluar kat memory like a flashback video. Ya allah sempatkah aku untuk bertaubat padamu, memohon ampun atas dosa-dosa yg aku lakukan sebelum ni. And I still remember clearly that I cried all the way during the procedure.  

Alhamdulillah, segalanya selesai dlm pukul 4.30 a.m. Masa tu aku vomit non-stop mungkin sebab etonox terlalu byk. Dr explained on what happened. Katanya 'You sebenarnya rapid labour (bukaan yg terlalu cepat from 3cm to 10cm less than 2 hours). And you push terlalu awal which cause pangkal rahim you koyak so dr kene jahit balik pangkal rahim to avoid rahim bengkak and tumpah darah. You loss blood around 1 liter'

Dlm 6.30 a.m. baru dpt masuk ward. Ya allah, syukran kerana telah memanjangkan umurku dan memberi kesempatan pada diriku untuk meneruskan hidup dan menunaikan amanahmu..

So this is my newcomer, Izzul Faizy bin Khairy Fahmy..



Monday, February 20, 2012

:: fiqry first day at kindy ::

Lama btol tak bercerita di blog ini. Masa sgt2 tak mengizinkan. Tp wlpn dah berlalu, still nak coret something memorable for my kids to read it when they grow up.

Fiqry, my third child; cheeky yet soo adorable. Sgt pandai ambil hati and very close to hubby. Quite peramah so I thought we will not hv any problems of sending him off to kindy. Rupa2nya, itu adalah angan2 semata. Fiqry tanak pegi kindy and he said "Fiqry kecik lg, takyah sekolah" and it prolong till the 4th day. Aiyoo..tue pon lepas rasuah mcm2..n with that, he got his first bicycle :)

Monday, April 04, 2011

040404 - 040411


Today marks our 7th anniversary.

Pejam celik.. pejam celik, lama juga rupenye sesi perkenalan kami. Klu nak diikutkan tarikh confirm (cewah..confirm tu :)) perkenalan since 7 Oct 1999. More than 11 years..wow..

Nothing much to ask.. cuma doa yang dipohon agar relationship ini berkekalan bukan hanya di dunia malah di akhirat kelak.





"The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

A beautiful poem from iluvislam.com:

SYURGA RUMAHTANGGA

Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk... Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah...
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

Thursday, March 31, 2011

:: new episode in life ::

Will be entering a new episode in life.. bukan pertambahan family member ye..
Doakan saya..

Tuesday, January 04, 2011

:: Hari pertama ::






Hari pertama persekolahan..pg ke sekolah agama. Sampai je depan pintu sek, Izzul dh disapa oleh kawan2 tadika. Apa lagi anak bujang sorang tu hip..hip..hooray le. Ptg nye pulak ke sekolah kebangsaan. Kami naikkan Izzul menaiki bas, then tunggu di pagar sek, he looks ok. Kewl je. Rasenye masa zaman sy kecik dulu lg takut kot. Even when we send him masuk dlm dewan, terus beredar and just wait till recess. X jenguk langsung sbb dh dipesan masa orientasi mgu lps. Masa rehat pon, bukak bekal n makan. Masa balik, sy tgu dia just nk tunjukkan ikut jln mana n apa trademark bas sek so that Izzul x terslh naik bas. Sambil2 berpesan mcm2 termasuklah kad keras yg tertulis nama kami inc d address, phone no etc, just in case tertinggal bas ke, lost ke..
That ends the first day..

Second day, sy dh pon masuk kerja @8am sbb nk blk sharp kul 5pm. Clock ticking at 5.01, cha alip bot, smpi je ke sek, hujan selebat2nya smpikan mcm banjir kat kwsn sek. I just waited kat area budak darjah 1 pulang. Tgu punya tgu (dlm keramaian budak kecik dan mak ayah), x jugak nmpk Izzul smpi la tinggal 2-3 kerat budak je. Bila pergi ke kelas, tinggal 2org bdk pomwan. I asked d teacher 'mana Izzul?' 'eah, sume dh kluar..'. Masa tu kewl je lg, pergi cari kt depan, xde! pergi kat bas, punyalah sesak bas, driver pon jerit je dr depan 'Izzul Fadhly ade x?' no one answered. Masa ni dh start cuak, mane pegi Izzul ni?? Round sek skali lg, x jugak jmpa. Tanya dgn cikgu, of course diorg pon xtau kan. Round skali lg! Pergi kat bas lg, and ask the same Q. Waited abt 10 min, baru le ade budak menyahut sayup dr blakang bas 'ada ni!!!' (btw, bas sek mereka ni sgt besar n pjg mcm bas express). Fuhhhh, lega. Alhamdulillah. Rase2nye cam turun 1/2kilo kot dok mencari td :)

Bila smpi rmh, tny dgn Izzul pergi kemana 'naik baslah..kan mummy suruh naik bas yg ada gamba upin ipin ni, Izzul lalu je kat hujan tu sorang2..'

Haila hai...dh besar dh anak bujang sorang ni n dh bole berdikari :), mummy plak yg over concerned n x confident..isk..isk.
So esok, plan nk tgk dr jauh je. N thursday, I will let him be on his own :)

Sunday, January 02, 2011

:: hop and away ::

Sesuai dgn tajuk entry ni.. persinggahan di blog yang hanya sementara. Maybe I should put it as one of my 2011 resolution 'to write in my own blog more often'..btw, it is just a wish list.

Alhamdulillah, 2010 dah berlalu. What I would like to say for my past 2010, it's been a great year of celebrating my v3.0 series. Macam orang lain juga, setiap kehidupan diiringi dengan dugaan dan cabaran, well it is part of life kan.. alhamdullillah it makes me stronger and bersyukur atas segala yang berlaku. Yang pastinya, itu sume ketentuan Allah. Btw, one of the dugaan - kak tie bercuti panjang yg membuatkan saya separa tak betul (~akak, sy tunggu akak balik tau 1 Julai ni!!)

Izzul fadhly akan masuk standard one next year, cabaran pertama adalah menghentikan botol susunya..
some of u might say 'OMG, still dgn botol susu??' but I've tried..tried..and tried.. tp x berjaya jugak.. cemana nak buat ye? anyone ada tips? tp mcm takmo kejam sgt like
a) buang je botol susu tu dlm tong sampah
b) jgn beli susu dah..etc..etc..

Cabaran kedua adalah to make him more independent.. Izzul adalah seorang anak yg sgt rapat dgn parentsnya and sangatttt sensitif (maybe menurun dr maknye kot :). Maybe ada silap kami dlm mendidik but I think initially it is because of his heart problem tp mcm dh jd sebati pulak. And now it is kindda difficult to change him cause everytime saya berusaha nk buatkan dia independent, turunlah linangan air mata. Hehe.. :)

Cabaran ketiga is to make more time for him as Izzul pon dah masuk sekolah. I did realize that I've been too hardworking for the past few years. Not to say that I don't wanna be hardwoking anymore but more towards a balance lifestyle. Insyaallah..insyaallah. Doakan saya ye..

Tahun ni tak buat any resolution for 2011 cause every year pon macam tu jugak, tak terbuat so what I will do is to make a daily reso sbb setiap hari saya akan cuba menuju ke arah kebaikan. Lagi mudah nak keep track..hehe

To all my beloved friends: Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga tahun yg akan datang ni memberikan 1001 makna yang membahagiakan.

Tuesday, August 10, 2010

:: salam ramadhan 1413H ::


Tenggelam timbul menulis coretan di sini, hanya sempat menjenguk blog beberapa rakan taulan. Itupun kalau berkesempatan.. tapi ingatan masih ada.

Sekadar ingin mengucapkan:

Salam ramadhan buat rakan taulan, moga ramadhan kali ini mampu menyucikan jiwa kita.


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadan paling berarti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita…

Wednesday, April 07, 2010

:: first 2010 vacation - jakarta ::


Finally manage to get an escape from work since end of last year..here we go, our first vacation in 2010 - jakarta owh jakarta..

Eventhough it is just a short one - 3 days 2 nights but it is a memorable one. Is it our honeymoon vacation? since it is just a few days lapse from the anni date but it is a big no..no..no as we are running all over the place taking care of the two kiddos. Thus, we do not take pics.. as we are not able to :(. Some of the pix that we managed to..



kiddos were too excited!

stayed in 'Grand Tropic Suite hotel' with 3 rooms. not bad..

finally at least we have one pix for the whole fam in sea world, ancol

Us with the other family. We are at the only restaurant that serve malaysian food - Restoran Penang - you can even get roti canai strawberry here..delicious.

A must place to visit in Jakarta:
Tanah Abang - we only manage to spend 2 hours here.. so sad. I even brought back my rupiah money..
Mangga Dua - we didn't have a chance to go here..
Ancol Amusement Park - if you bring kids, then you should come here.. it is a big park.

Food - for malaysian, opt for Nasi Padang..that's the best choice and dun forget to have your Jus Alpokat.




Monday, April 05, 2010

:: fam-get-together ::


Yesterday, the-fam-get-together moment brought us to watch a movie called 'how to train your dragon'. Frankly, it is a good movie for the parents and kids and the main character of this movie 'Hiccup' make me think of my beloved Izzul. The skinny body, very reserve person and yada..yada..yada. But it makes me realize that every person has their own strength and potential which might not be the same as what the parents want him to be..


Izzul
Hiccup

And I know that you have your own strength which will make me proud of you.


Monday, February 22, 2010

:: buat insan bergelar suami isteri ::

Got this from a good friend of mine..
ada untuk suami dan ada untuk isteri --> so tak bias..heheh :D

Untuk suami.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahasia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah
meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...

Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...

renung-renungkan dan selamat beramal

~insan yang sentiasa ingin memperbaiki diri

Sunday, February 07, 2010

:: motivasi in 2010 ::

Lamenya tak mencoretkan kata-kata di blog yg dah lama ditinggalkan ni. Nak kata malas..in a way, iye jugak kot. Nak dijadikan alasan..seperti biasa, alasan yg sama..busy. Buat sesetengah orang, mungkin dah muak dengan alasan 'busy'. It is actually your effort to make your time. So tonight, I'll try to make my time.

2010 bermula dengan keadaan yg sungguh hectic dr segi kerja. Bermula dari akhir tahun 2009 lagi sebenarnya. Fikiran serabut, hati tak tenang, tiada lagi keseronokan bekerja. Tetapi bermulanya tika ini, saya cuma terfikir yang kehidupan kita akan jadi seperti apa yang kita inginkan, jika kita rasa seronok, maka seronok la ia.
"I am not what happened to me, I am what I choose to become"

Lately, saya selalu berkunjung ke blog seorang insan. Selalu tertunggu2 entry terbaru beliau. Kata2nya, kandungan isinya membuatkan saya selalu terfikir dan muhasabah diri. Cara dia mendidik anak-anak adakalanya berbeza dr cara yang kita lakukan. Mungkin sedikit sebanyak membantu memperbaiki diri. Terima kasih buat ummuhusna

Sunday, November 15, 2009

:: exam gamba makanan? ::

Minggu lepas..while doing my ERM over weekend, the kids as usual akan sentiasa kacau..mengendeng..tekan2 my laptop etc. Selalunya saya akan biarkan saja..tapi since nk buat ERM kononnye mcm nk concentrate la kan..and I told them not to disturb cause I'm having an examination.
and today, sunday.. sit in front of my laptop again surfing for the pasta recipe..kononnya nk buat lasagna ptg ni.. and Fadhly asked
'Mummy buat exam lagi ke?'
'Haah' I said..sebab tanak diganggu..
'Mummy exam pasal gambar2 makanan pulak ke?'
hehe :D

Sunday, November 01, 2009

:: fiqry's 1st birthday ::

A son is someone special
to remember with warmth,
think of with pride,
and cherish with love.
Happy 1st Birthday Son
and I lOve u and I always dO till end Of my life



and I bought this for your birthday present..

Friday, October 23, 2009

:: books ::

Yesterday, I bought Fadhy an activity book at MPH promotion booth in Menara T*. A day before, bought one dictionary for both of them. Since Fadhly reluctant to share with Fiqry..so beli satu lagii..to please him.
He extremely excited about it and want to do it there & then..so sampai la satu page where he needs to count the pic and wrote down the number..it goes from 2, 3, 4, then another 4..he’s a bit confused because it suppose to be 5 not 4 so he asked me..’nape die ade dua kali 4??’ then I told him ‘oo, orang yg tulis buku ni tersilap kot’ . he asked again, not satisfied with my answer..and the tears start to pour..after more than 10 times, he asked the same question again and again and again..I’m a bit pissed off. Until I told him ‘mane la mummy nak tau kenapa die lukis nombor 4 tu dua kali’ lagi la kuat die menangis..

Then, I think I need to create my own story..’ooo, mummy tau..rasenye mase penulis tu tgh tulis buku ni…tetibe je takde letrik, lampu semua terpadam..die sempat lukis 4 gambar je..yg satu lagi tu tak sempat lukis sebab dah gelap’..he smiles 'owh' katenye.

I think I’ll be a good story teller in the future..or a good story manipulator??

Thursday, October 22, 2009

:: Perempuan suatu ujian ::

Akal perempuan senipis rambutnya, tebalkanlah dia dengan ilmu agama, hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dia dengan iman dan taqwa kepada Allah swt, perasaannya selembut sutera, hiasilah dia dengan akhlak mulia. Tidak menjinakkan perempuan dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar, tidak hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nanti mereka akan menderita.

Kenalkan mereka kepada zat Allah swt yang kekal, disitulah punca kekuatan dunia. Suburkanlah mereka dengan nikmat Iman dan Islam kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Rabb, tuhan sekelian alam.
Dijadikan perempuan itu daripada tulang rusuk yang bengkok, untuk diluruskan oleh lelaki yang beriman kepada Allah swt. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan kelemahan dan ianya bukan diskriminasi Allah swt, sebaliknya si situlah kasih sayang Allah swt. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok kerana tidak mengenal Allah swt. Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Jinakkan diri mereka untuk mentaati Allah swt.

Wanita penuh dengan emosi, layan emosinya dengan ilmu untuk mengenal Allah swt, jadikan kecintaannya kerana kasih dan cinta kepada rasul agar dunia akan aman kerana mentaati perintah Allah swt.

Monday, October 19, 2009

:: end of my 20's ::

I am now, in my final year in celebrating my 20’s..next year my age will be starting from number ‘3’ . But thankful as I’m still alive, healthy, have job, have food & shelter, have adorable kids & understanding HB.

We (me & HB) used to celebrate either our birthday or anniversary at big & expensive restaurant but this year round..we are just celebrating it at a fast-food restaurant (Pizza Hut); simple & murah but sedap Okayy especially ‘Platter’. Klu la tak kerana perut penuh dek open house, mmg saya akan order lagi satu (haha..tamak2). I would like to thank HB for that.

HB do ask me what I want for my birthday gift but I just answered that I do not want anything.. my only wish is that our happy family will last forever and with Allah’s bless. Yes..I do hope that; everyday..aminn.

To ummimon, thank you for the lovely gift..comel..To my beloved friends, thank you for all the birthday wishes… thank you..thank you and thank you..sayang u ols..(doakan saya yer.. :)).

On the other note: fiqry dh boleh jalan at 11 months old.. and as a mother..I am proud with u dear..sayang anak2 mummy..

Thursday, October 08, 2009

:: jamuan hari raya csm ::

some pics during the jamuan hari raya csm:


rose yg diberikan utk semua tetamu..cantikkan..secantik nama yg diberikan


me with my boss and officemate


me with sikulat..thanx ya :)


me with officemate, kebetulan plak pakai baju kaler same

overall, it was ok. tapi adela a few things yg tidak memuaskan hati..especially the food..lambat refill and taste agak kurenggg..


Thursday, September 10, 2009

:: cukup ke? ::

Yesterday night, after having our iftar with smapians, HB received call from my mom-in-law. One of our dua-pupu passed away last night – Dak Abang Pakcik (ni gelaran yg diberi padanya). I barely know him sebab kami jarang jumpa except during some family events. And he is just 34 YEARS OLD ye kawan2 with 3 small kids, the eldest is 6 years, seorang peguam. Sedey kan. Tapi Alhamdulillah, meninggalnya mudah, di bulan Ramadhan pula tu– hanya sakit dada sebelum berbuka, cakap dgn wifenya, nk berbuka dulu, then baru ingat nk ke hospital. 8.35 malam meninggal dunia di rumah.

Hanya HB yg ke rumah arwah, aku hanya duduk di rumah with the kids, tapi bile dengar cerita arwah, terkenang diri sendiri. I am just 5 years younger than arwah, sedangkan arwah yg tak sakit apa2 dijemput Allah, inikan lagi kita2 ni..cukup ke amalan yg nk dibawa bersama? Berapa banyak solat kita yg dilakukan dengan kusyuk? Ada ke amalan sunat yg dilakukan untuk tampung cacat cela amalan yg lain? Berapa sgt helaian Quran yg dh dibaca sepanjang Ramadhan ni? Quote from my ustaz mengaji: ‘Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua, cuma satu saya harapkan , anggaplah ini Ramadhan terakhir yg tuan/puan akan jumpa. Dengan itu kita akan dekat dengan Allah’.

Wednesday, September 09, 2009

:: my two angels ::

I have two angles..one is Fadhly and another one is Fiqry. They are my heart and soul..(*including the father of this two angel :) ). But both of them are totally different from each other. Si abang sgt lembut hati, very soft, mudah mengalirkan air mata (HB ckp bab ni ikut mummynye), very loving & caring, suka mengemas. While si adik begitu aggressive, if he’s awake, mmg la mcm tongkang pecah rumah kami, jatuh sikit2 takkan menangis, sungguh berani (klu tutup lampu whole house, fiqry dengan selambe merangkak kat dapur, nk main kerusi). Well, looking at fiqry’s attitude, kadang2 tu saya ter”pok” (pukul perlahan kat punggung) fiqry..and fadhly cried. I asked him:
‘kenapa menangis?’
‘mummy “pok” fiqry
‘fiqry tanak diam, mummy “pok” la..bukan “pok” banglong pun’
‘yerla, kesian adik. Adik kecik lagi..adik tak tau’
‘hah???’



How protective the brother is, kan?? Really hope that the ‘love’ between them will remain there forever.
No matter how difference both of you, Mummy sgt sayang anak-anak Mummy and hope you will do the same too when I’m getting older.

Tuesday, August 25, 2009

:: hari yang mendung ::

I am sad.. I am really2 sad..
Tetiba rasa sayu je hari ni, daku terkenang2 semua bende yg telah berlalu..
Teringat masa arwah ayah meninggalkan daku on 2nd Oct 1997, teringat how strong my mom raise all 4 of us, teringat masa my youngest brother jumping up and down not knowing that my dad is not with us anymore as he is just 4 years old, teringat masa Fadhly (my son) undergo the heart surgery operation, teringat masa kaki Fadhly kene simen at APSH, teringat masa I lost my second baby (how hard to accept the fact that i need to deliver dead body even it is already 37th weeks)..teringat masa arwah abah (pak mertua) meninggalkan kami masa Fadhly baru je nak start bermanja dengan dia..teringat dan teringat..semuanya macam wayang gambar dalam kepala.

Ya Allah, di bulan Ramadhan yg mulia ni, please give me strength utk menghadapi dugaanMu yang mendatang dan yg telah berlalu.

p/s: so utk menghilangkan kegusaran hari ni..marilah kwn2 kite gi bershopping time lunch ni di Menara :) hehe..alasan.
Lilypie Kids birthday Ticker
Lilypie Kids birthday Ticker